top of page

Ewon santuni empat kampung di Kadamaian untuk sambutan Pesta Kaamatan

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6
  • 2 min read
Ewon disambut mesra penduduk Kg Kebidahan dan Kg Bundu Lapak
Ewon disambut mesra penduduk Kg Kebidahan dan Kg Bundu Lapak

6 Jun 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyantuni penduduk di empat buah kampung dalam kawasan Kadamaian sempena sambutan Pesta Kaamatan, hari ini.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memulakan program di Kampung Taginambur Jaya yang turut diserikan dengan pengisian daripada Yayasan Sabah dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Di Kg.Taginambur Jaya, beliau meluangkan masa meninjau hasil pelaksanaan pembinaan dapur dewan dan kemudahan berkaitan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui peruntukan khas menteri yang disalurkan tahun lalu.


Pada majlis itu Ewon, menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada JKKK Kg.Tamalang untuk keperluan kelengkapan dan gotong-royong membina kemudahan tambahan serta RM10,000 kepada penduduk Kg Bukit Bendera bagi pelbagai keperluan komuniti.

Ewon bersama penduduk Kg. Lasau Podi
Ewon bersama penduduk Kg. Lasau Podi

Seterusnya menyempurnakan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Kebidahan dan Kampung Bundu Lapak.


“Dalam ucapan, saya berkongsi mengenai rancangan Pelan Pembangunan Kadamaian 2020-2035, prestasi sehingga hari ini dan juga bagaimana pelan ini menjadi sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) 2026-2030.


“Saya turut berkongsi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensi, di seluruh Sabah khususnya di Kadamaian,” katanya.

Ewon menyantuni penduduk di Kg.Taginambur Jaya
Ewon menyantuni penduduk di Kg.Taginambur Jaya

Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan peruntukan ADUN Kadamaian sebanyak RM10,000 kepada badan JKKK Kg Kebidahan dan RM10,000 untuk Surau Kg Kebidahan.


Selain itu beliau menyampaikan sumbangan masing-masing RM10,000 kepada Gereja SIB Kg Kebidahan dan Gereja SIB Kg Bundu Lapak bagi keperluan-keperluan yang telah disampaikan oleh wakil gereja.


Sambutan Kaamatan diteruskan di Kampung Lasau Podi. Seperti di kampung-kampung sebelumnya, Ewon dalam ucapannya berkongsi Pelan Pembangunan Kadamaian dan inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensi berkaitan.


Dalam program ini, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada JKKK Kg Lasau Podi untuk penyelenggaraan jalan pertanian, RM5,000 kepada masjid kampung tersebut serta RM3,000 untuk tabung komuniti kampung untuk tujuan kebajikan.


Program turun padang menyantuni penduduk kampung berakhir di Kampung Lasau Lama.

Sama seperti kampung-kampung yang lain, beliau berkongsi Pelan Pembangunan Kadamaian dan inisiatif-inisiatif KUSKOP serta mendengar keperluan-keperluan pembangunan kampung yang disampaikan oleh pemimpin kampung.


Dalam majlis ini, Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada JKKK Kg Lasau Lama untuk penyelenggaraan jalan pertanian, pencahayaan dewan dan kemudahan padang serta RM10,000 kepada Gereja SIB Lasau Lama bagi membiayai kos penyediaan tapak gereja.


“Semoga sambutan Kaamatan ini terus menyatupadukan rakyat dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Kadamaian,” katanya.

Ewon menyantuni penduduk kampung di Lasau Lama
Ewon menyantuni penduduk kampung di Lasau Lama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page