top of page

Ewon Sumbang Dana untuk Pembangunan Bola Sepak di Taginambur Jaya

  • nabalunews
  • Mar 18
  • 1 min read


17 Mac 2025


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian terus menunjukkan komitmen terhadap pembangunan sukan dengan menyampaikan sumbangan dana kepada Kelab Bolasepak Singgahmata dan Bukit Bendera Taginambur.


Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin, menyerahkan sumbangan tersebut bagi pihak ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Taginambur Jaya, John Sindiong mewakili pihak Penyelaras Kelab Bolasepak, Chrisya Edryanna Jimmy.


Menurut John, dana tersebut akan digunakan untuk menjalankan gotong-royong pembersihan padang yang menjadi lokasi latihan bagi kelab bola sepak berkenaan. Padang tersebut juga menjadi tempat utama bagi program klinik bola sepak kanak-kanak, yang bertujuan melatih bakat muda dalam sukan bola sepak di kawasan itu.


Beliau menegaskan bahawa sokongan sebegini amat penting dalam memastikan fasiliti sukan di kampung sentiasa dalam keadaan baik dan selesa digunakan oleh pemain dan komuniti setempat.


Sementara itu, wakil kelab bola sepak, Chrisya Edryanna Jimmy, menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada Ewon atas sumbangan serta perhatian yang diberikan kepada pembangunan bola sepak di Taginambur Jaya.


"Kami amat berterima kasih kepada Ewon kerana sentiasa menyokong perkembangan bola sepak di kawasan ini. Dengan adanya sumbangan ini, kelab kami dapat memastikan padang dalam keadaan baik untuk aktiviti latihan dan program pembangunan bakat muda," katanya.


Usaha ini menunjukkan kepedulian ADUN Kadamaian dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi, sekaligus memberi peluang kepada belia tempatan untuk aktif dalam bidang sukan dan melahirkan pemain berbakat dari kawasan luar bandar.


Ewon sebelum ini turut dikenali sebagai pemimpin yang menyokong pembangunan sukan di Kadamaian melalui pelbagai program dan inisiatif. Sumbangan dana kepada kelab bola sepak ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan beliau dalam meningkatkan kemudahan sukan di kawasan luar bandar.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page