top of page

Ewon sumbang RM50,000 untuk Kaamatan Diosis Kota Kinabalu

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 9, 2023
  • 1 min read
Ewon menyampaikan sumbangan kepada Fr.Micheal, selepas Misa Kudus, di gereja itu, hari ini.

9 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Holy Nativity Parish Terawi Penampang bagi menjayakan sambutan Pesta Kaamatan Peringat Diosis kota Kinabalu.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berharap sumbangan tersebut dapat membantu menjayakan sambutan Kaamatan tersebut yang akan disertai oleh 23 paroki di seluruh diosis Kota Kinabalu pada 3 dan 4 Mei ini.

Ewon menyampaikan sumbangan itu kepada Rektor Fr.Micheal Modoit selepas selesai Misa Kudus Paskah di gereja itu, hari ini.


Sebelum ini, pihak gereja semasa perjumpaan dengan Ewon telah menyatakan permohonan sumbangan tersebut selain daripada keperluan lain seperti naiktaraf kemudahan dewan dan kawasan letak kereta.

Ewon turut meninjau hasil pemasangan kipas dewan yang telah siap dilaksanakan di bawah peruntukan Ahli Parlimen.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page