Fenomena garis badai dijangka landa Sabah dan Labuan
- nabalunews
- 14 minutes ago
- 1 min read

8 November 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran awal berhubung ramalan cuaca signifikan yang dijangka melanda beberapa kawasan termasuk di Sabah dan Labuan bermula 9 hingga 10 November 2025.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Taufan Fung-wong yang kini aktif di Lautan Pasifik Barat dijangka bergerak ke arah barat merentasi Filipina menuju ke Laut China Selatan.
“Keadaan ini berpotensi menghasilkan fenomena garis badai yang membawa bersama ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Labuan,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta merujuk laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu atau aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


















Comments