top of page

Fitnah politik ancam perpaduan, GRS terus fokus bela rakyat – Liew

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 2 min read

Liew menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Dart Tawau.
Liew menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Dart Tawau.

31 Ogos 2025


TAWAU: “Jangan biarkan fitnah memecah-belahkan kita!” demikian tegas Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.


Beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah politik pembangkang yang hanya mahu meraih sokongan tanpa menyumbang kepada pembangunan negeri.


“Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025, rakyat wajar memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan, serta menolak sekeras-kerasnya anasir politik yang memecah-belahkan masyarakat.


“Rakyat Sabah perlu kekal bersatu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana inilah gabungan yang benar-benar bekerja untuk rakyat. Kita tidak boleh benarkan politik kebencian dan tipu daya menjadi racun dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Liew menegaskan, GRS bukan sahaja membawa kestabilan, malah fokus menyelesaikan isu akar umbi termasuk isu tanah, kemudahan asas, pembangunan luar bandar serta hak-hak rakyat Sabah.


“Contohnya, beberapa kampung di DUN Kukusan dan Merotai telah berjaya diwartakan sebelum pembubaran DUN. Ini bukti jelas GRS bukan hanya pandai berjanji, tetapi mampu melaksana. Kami bekerja sepanjang masa, bukan hanya muncul menjelang pilihan raya,” tegasnya.


Mengulas lanjut, Liew menekankan bahawa perpaduan adalah kekuatan utama Sabah, dan hanya dengan kestabilan politik, negeri ini mampu menarik pelaburan, mencipta peluang pekerjaan dan menjana pembangunan inklusif.


“Kemajuan tidak akan tercapai jika kita terus dipecah belah. Pembangkang hanya datang dengan janji manis dan retorik, sedangkan GRS telah membuktikan keupayaan dalam menyelesaikan isu rakyat secara konsisten,” katanya.


Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, Liew menyeru rakyat Sabah agar memperbaharui tekad untuk menjaga keharmonian, menolak fitnah, dan terus menyokong kepimpinan yang benar-benar bekerja.


“Ini bukan masa untuk bermain politik murahan. Ini masa untuk kita bersatu, bangkit dan membawa Sabah ke hadapan bersama GRS,” katanya lagi.


Beliau turut menyeru belia Sabah agar tidak mudah termakan hasutan media sosial yang dipenuhi maklumat palsu dan cubaan manipulasi sentimen.


“Sabah milik kita bersama. Jangan gadaikan masa depan hanya kerana percaya kepada pembohongan politik yang berselindung di sebalik topeng perubahan, tetapi hakikatnya menjurus kepada perpecahan,” tegas beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page