Futsal Boys United mempertahankan kejuaraan mereka
- nabalunews
- 9 minutes ago
- 1 min read

1 September 2025
KOTA KINABALU: Pasukan Futsal Boys United sekali lagi mempertahankan kejuaraan mereka dalam Kejohanan Futsal Terbuka sempena Hari Kemerdekaan yang ke-68.
Pasukan Juara bertahan itu mengalahkan Pasukan Naib Johan, Kaliangau FC dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kota Kinabalu.
Gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukan Boys United dijaringkan oleh Azhar Aggus.

Dengan kemenangan itu, pasukan Boys United berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan piala.
Hadiah disampaikan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam, Datuk Dr Roland Chia.
Pasukan Kaliangau FC turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 dan piala selaku pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan Boys United Jr yang membawa pulang hadiah berjumlah RM800 beserta piala.
Datuk Dr Roland berkata, Kejohanan kali ke-2 pergerakan pemuda parti gagasan rakyat sabah n.18 inanam bersama kelab usahawan generasi baru sabah ini menjadi platform untuk belia bermain futsal secara serius dalam bentuk pertandingan berbanding bermain semata-mata mengisi masa lapang.
Sementara itu, Pengurus Boys United, Mohd Syaffif Syahiran berharap lebih banyak kejohanan sebegini yang mana mampu menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal di negeri ini.
Comments