Gambar Lama, Sebarang Kerjasama Tidak Lagi Relevan Selepas UPKO Keluar PH
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

25 November 2025
KOTA KINABALU: Kenyataan yang ditularkan portal Sabah Info, hari ini, adalah gambar lama dan sebarang kerjasama yang diputuskan ketika itu tidak lagi relevan.
Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Gilbert Syam mengesahkan, gambar berkenaan diambil pada 1 November lalu selepas mesyuarat yang dianjurkan antara parti.
Katanya, beliau sememangnya mengetuai pertemuan berkenaan dan ia hanya melibatkan penyelarasan dalaman antara bahagian Papar, Kimanis dan Beaufort yang dihadiri wakil parti terlibat.
“Ia adalah gambar lama sebelum UPKO keluar dari PH. Apa-apa bentuk kerjasama yang wujud ketika itu adalah berdasarkan kedudukan rasmi parti pada masa tersebut.
“Saya berharap, portal Sabah Info dapat memperbetulkan kenyataan ini agar tidak menimbulkan perspektif negatif terhadap UPKO,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Gilbert berkata, UPKO menolak dakwaan sedang mengadakan rundingan kerjasama politik baharu dengan mana-mana pihak.
“Mengaitkan gambar lama dengan suasana politik hari ini adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan.
“UPKO kini bergerak secara bebas, fokus kepada pengukuhan parti dan usaha membawa agenda ‘Sabah First’,” tegasnya.


















Comments