top of page

Gempa bumi lemah dirasai di Ranau

  • nabalunews
  • Mar 30
  • 1 min read

30 Mac 2025


KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 3:29 petang, hari ini.


Menurut data yang dipaparkan dalam laman web rasmi myGempa, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 6.0355° Utara dan 116.6112° Timur.


Setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kesan terhadap penduduk tempatan susulan kejadian tersebut.


Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap sebarang perkembangan berkaitan aktiviti seismik di kawasan berisiko.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page