top of page

Gerakan bersepadu perlu bagi menangani kesan banjir kilat: Simon

  • nabalunews
  • Jan 28
  • 1 min read

Beginilah keadaan salah sebuah rumah yang terjejas dengan kejadian banjir kilat.
Beginilah keadaan salah sebuah rumah yang terjejas dengan kejadian banjir kilat.

28 Januari 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


TENOM: Agensi kerajaan perlu ada gerakan bersepadu untuk mengambil tindakan segera membaiki jambatan terputus dan menyelanggara jalan yang terjejas akibat banjir kilat.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat berkata, ia berikutan kejadian lapan kampung yang terjejas teruk berikutan hujan lebat berterusan di daerah ini baru-baru ini.


"Kita berharap ada gerakan bersepadu daripada agensi-agensi yang dipertanggungjawab.

Simon semasa meninjau kesan banjir kilat
Simon semasa meninjau kesan banjir kilat

“Ia amat penting untuk tindakan segera terutamanya membaiki jambatan terputus dan menyelenggara jalan yang rosak agar dapat digunakan oleh orang awam" katanya ketika ditemui, semalam.


Simon berkata, beliau turut berharap agar pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera untuk membaiki tebing sungai kecil yang terhakis sehingga membahayakan struktur rumah-rumah berhampiran.


Sementara itu, Simon berkata, lapan kampung yang terjejas teruk akibat banjir kilat ialah Kampung (Kg) Pulong, Kg Undusan, Kg Kanar, Kg Mansalima, Kg Makakagas, Kg Kalang, Kg Bahagia dan Kg Uloi.


"Akibat banjir kilat itu, dua jambatan terputus iaitu jambatan Kampung Batu 90 dan jambatan Kampung Luang Pulon.


“Selain itu beberapa jalan kampung juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil ekoran daripada banjir kilat berkenaan,” katanya.


Simon berkata, pihaknya juga menerima maklumat ramai pemilik rumah yang terkesan akibat banjir kilat dan mengalami kerugian ekoran kerosakan perabot dan barang-barang dapur.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page