Gunakan Aplikasi VSP, Rakan Keselamatan Anda Ketika Cuti Tahun Baharu Cina
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

19 Februari 2026
KOTA BELUD: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus giat dalam usaha mendekatkan diri serta memberikan panduan keselamatan kepada komuniti. Menjelang sambutan cuti Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, pihak PDRM menasihatkan orang ramai yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti agar mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sebelum meninggalkan kediaman.
Sejajar dengan kempen pencegahan jenayah, masyarakat disarankan untuk mendaftarkan ketiadaan mereka di rumah melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Inisiatif ini membolehkan pihak polis melaksanakan rondaan dan pemantauan secara berkala di kawasan kediaman yang ditinggalkan, sekali gus memberi ketenangan fikiran kepada mereka yang berada jauh.
Sebelum bertolak, pastikan pintu dan tinggal dikunci rapi. Penggunaan lampu automatik atau timer juga digalakkan bagi memberi gambaran bahawa rumah masih berpenghuni. Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan agar tidak berkongsi lokasi percutian secara masa nyata di media sosial bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Aplikasi VSP boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
Google Play Store
Apple App Store
Untuk mendapatkan informasi terkini dan tips keselamatan, ikuti media sosial rasmi PDRM di platform Facebook, Instagram, X (Twitter), YouTube, Telegram, dan TikTok.
Pihak PDRM mengingatkan bahawa mencegah lebih baik daripada membaiki. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina. Semoga perjalanan anda selamat dan sejahtera.














