Hari Penamaan Calon Berjalan Lancar
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

15 November 2025
KOTA KINABALU: Hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU) Sabah Ke-17 berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, seramai 4,571 anggota dan pegawai polis ditugaskan bermula seawal jam 5 pagi di 25 pusat penamaan calon seluruh negeriz
Katanya, penugasan turut meliputi kawalan di lokasi strategik bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.
“Hari ini mencatat sejarah apabila tiada laporan polis atau aduan diterima daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), calon, pencadang mahupun penyokong, sesuatu yang jarang berlaku pada hari penamaan calon.
“Tiada sebarang kejadian yang mengganggu ketenteraman direkodkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, Jauteh mengingatkan semua pihak supaya mendapatkan permit polis sebelum mengadakan sebarang kempen, terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai.
“Proses permohonan permit berjalan lancar dan setakat ini tiada permohonan yang ditolak,” katanya.














