Hospital Keningau dan Duchess of Kent Sandakan boleh merawat pesakit cedera saraf tunjang
- nabalunews
- Feb 24
- 1 min read

24 Februari 2025
KENINGAU: Pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang di kawasan Pedalaman dan Sandakan tidak lagi perlu mendapatkan rawatan perubatan pemulihan di ibu negeri ini.
Sebaliknya, mereka kini boleh mendapatkan rawatan berkenaan di Hospital Keningau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Keningau Dr Ukim Antikoh berkata, perkaranitu dapat direalisasikan hasil inisiatif pihak Hospital Keningau yang mengadakan bengkel "Spinal Cord Injury" (SCI) "Rehabilitation Workshop" 2025.
Katanya, program berkenaan adalah anjuran Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Keningau dengan kerjasama Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent Sandakan.
"Pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang di kawasan Pedalaman dan Sandakan tidak lagi perlu ke hospital Queen Elizabeth QE Kota Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan.
“Ini kerana Hospital Keningau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan boleh memberikan rawatan kepada pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan mereka,” katanya.
Menurutnya, Bengkel SCI itu tueut disertai Doktor dan Pegawai Perubatan SCI dari semenanjung Malaysia, negara Brunei Darulsalam dan Indonesiaz
Katanya, ia dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar pakar dari perubatan Universiti Malaysia (UM).
Sementara itu Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr. Nazirah Hasnan berkata, beliau berbangga dengan perkembangan perubatan pemulihan di negeri Sabah.
"Kita berbangga di Sabah kerana perubatan pemulihan telah berkembang besar bukan sahaja di Hospital QE tetapi di Samdakan dan Keningau" katanya.
Comments