- Wartawan Nabalu News
Hujan beterusan di beberapa tempat di Sabah, Sarawak Labuan sehingga esok

17 October 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga esok
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, bagi negeri Sabah, amaran itu melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.
“Manakala, negeri Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.