top of page

Hukuman Lebih Berat Diperlukan

  • nabalunews
  • Aug 19, 2025
  • 2 min read
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

19 Ogos 2025


SANDAKAN: Perbuatan menceroboh dan mengintai wanita di tandas awam pusat membeli belah amat bertentangan dengan norma masyarakat, tidak bertanggungjawab serta mencalar maruah mangsa terlibat.


Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, dalam konteks hukuman, pelaku juga boleh dikenakan hukuman di Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman lebih wajar kepada pesalah.


Katanya, perbuatan menceroboh tandas wanita untuk mengintai jelas bertentangan dengan norma masyarakat.


“Lebih-lebih lagi apabila pelaku berdiri menunggu di luar cubicle untuk mengintai.


"Tindakan sebegini bukan sahaja mengejutkan, malah menjejaskan rasa selamat serta trauma wanita dalam kehidupan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.


Baru-baru ini, seorang lelaki yang menceroboh tandas wanita dan mengintai mangsa telah dikenakan denda RM25 di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah.


Vivian menegaskan bahawa di bawah Kanun Keseksaan, kesalahan seumpama boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.


Maka, hukuman denda itu adalah sangat ringan selain dikhuatiri tidak memberi kesan kepada pelaku.


Beliau turut memberi contoh, pada tahun 2017 di sebuah pusat membeli-belah di Kota Kinabalu, kes serupa pernah berlaku dan pihak pendakwaan ketika itu menggunakan Seksyen 509 Kanun Keseksaan untuk mendakwa pesalah.


Justeru, jelasnya, pendakwaan seharusnya dilakukan dibawah Kanun Keseksaan agar pelaku tidak sewenangnya membuat Kesalahan yang sama berikutan hukuman yang tidak setimpal.


Beliau menegaskan bahawa undang-undang sepatutnya menjadi benteng terakhir bagi menegakkan norma masyarakat serta asas penting bagi keselamatan rakyat.


Namun apabila perlakuan yang jelas menceroboh keselamatan dan maruah wanita hanya dikenakan denda ringan, persoalan timbul bagaimana undang-undang dapat diyakini untuk melindungi rakyat dan menimbulkan rasa gentar kepada pelaku.


"Kita mesti memandang serius setiap perbuatan yang mencabuli keselamatan wanita, jika tidak, kita sebenarnya sedang memberi ruang kepada lebih banyak kes seumpama ini untuk berlaku,” tambahnya


Justeru, Vivian menyeru pihak berkenaan dapat menilai semula peruntukan undang-undang sedia ada serta kaedah pelaksanaannya kepada pesalah.


Ia agar hukuman yang dijatuhkan benar-benar dapat berfungsi sebagai amaran dan pencegahan, seterusnya menjamin keselamatan rakyat khususnya kaum wanita.


“Rakyat memerlukan sistem perundangan yang benar-benar dapat menjaga keselamatan mereka, bukan sekadar memberi gambaran bahawa undang-undang itu wujud secara ‘simbolik’ sahaja,” tegasnya.

 
 
 

6 Comments


Farmwald40365
Nov 05, 2025

IWIN khẳng định chất lượng vượt trội nhờ hệ thống bảo mật tiên tiến, tốc độ xử lý nhanh và tỷ lệ trả thưởng hấp dẫn. Thương hiệu IWINCLUB là điểm đến lý tưởng với hàng trăm trò chơi như bắn cá, quay hũ, tài xỉu. Truy cập iwinclub ru com để hòa mình vào thế giới giải trí đẳng cấp ngay hôm nay!


Like

Farmwald40365
Nov 05, 2025

IWIN mang đến không gian giải trí trực tuyến hiện đại, nơi hàng triệu người chơi có thể giao lưu, trải nghiệm và chiến thắng mỗi ngày. Với thương hiệu IWINCLUB các tựa game như quay hũ, tài xỉu, bắn cá luôn được cập nhật liên tục. Khám phá ngay tại iwinclub ru com để nhận thưởng khủng!


Like

dwainnervi55
Nov 04, 2025

thương hiệu shbet đã tạo dựng niềm tin lớn nhờ dịch vụ uy tín, tốc độ thanh toán nhanh và hệ thống game phong phú. nền tảng sshbet io hỗ trợ người chơi mọi lúc, mọi nơi, mang đến không gian giải trí đỉnh cao, nơi công nghệ và cảm xúc hòa quyện hoàn hảo.


Like

dwainnervi55
Nov 04, 2025

Trải nghiệm không giới hạn cùng Luck8 – sân chơi cá cược trực tuyến hàng đầu Việt Nam. Tại luck8net com, người chơi dễ dàng tham gia mọi trò chơi yêu thích, nạp rút nhanh và nhận khuyến mãi đặc biệt. Xem thêm chi tiết tại https://luck8net.com/ để bắt đầu ngay.

Like

dwainnervi55
Oct 31, 2025

Nhà cái Go8 mang đến trải nghiệm giải trí đỉnh cao với kho trò chơi phong phú, dịch vụ tận tâm và giao diện thân thiện. Trải nghiệm go8 onl, người chơi nạp rút tiện lợi, nhận khuyến mãi liên tục, đồng thời tham khảo thêm tại https://go8.onl/ để tối ưu trải nghiệm.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page