HUMS bantu komuniti luar bandar di Kota Belud dengan perkhidmatan klinik bergerak
- Wartawan Nabalu News
- Aug 16, 2023
- 1 min read

16 Ogos 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah menyediakan perkhidmatan klinik bergerak kepada komuniti luar bandar di SMK Pekan II, Kota Belud melalui Program KRIS (KPT Prihatin Madani) baru-baru ini.
Ketua Pasukan Perubatan HUMS, Dr. Rishaini Elengovan berkata, program tersebut bertujuan untuk memberikan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma kepada pelajar dan penduduk sekitar yang mungkin tidak mempunyai akses mudah kepada kemudahan kesihatan.
"Seramai 35 orang kakitangan HUMS telah menyertai program ini sebagai sukarelawan. Mereka terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi dan jururawat yang bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjayakan program ini.
"Antara perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh HUMS adalah saringan kesihatan, pemeriksaan kesihatan asas, rawatan kesihatan dan kebersihan diri.
“Kami juga memberikan konsultasi kesihatan daripada pakar-pakar kesihatan dan pegawai perubatan serta ubat-ubatan percuma kepada pelajar,” katanya.
Tambah beliau, pelajar juga dapat mendapatkan nasihat pemakanan yang baik daripada sukarelawan yang terlibat.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohammad Yusof Apdal.
Sebanyak 250 orang pelajar dan penduduk sekitar telah menyertai program ini.
Bình luận