top of page

IDS jalankan kajian tanaman padi tradisional di Kadamaian

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 18, 2023
  • 1 min read

18 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) mengadakan program kajian lapangan di kawasan Kadamaian bagi mengkaji potensi penanaman padi bukit di Sabah.


Kajian itu bertujuan mencari keadah bagaimana membantu meningkatkan pendapatan para petani yang menjalankan penanaman padi secara tradisional.


Taklimat disampaikan oleh Pengurus Projek dan Penyelidik, Faridah Suffian.

Beliau berkata, ini adalah sebahagian daripada kajian yang sedang dijalankan oleh IDS berkaitan potensi padi bukit yang diushahakan secara tradisional.


IDS memilih DUN Kadamaian sebagai kawasan kajian kerana keluasan kawasan penanaman padi dan mempunyai kepelbagaian jenis padi tradisional.


Semasa program tersebut, IDS telah menjalankan aktiviti pemerhatian dan temubual peserta yang terdiri daripada 40 petani.

Para peserta telah berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang penanaman padi tradisional dan harapan mereka terhadap program ini.


Program ini dijalankan di Mini Dewan Skyblue Pejabat ADUN N11 Kadamaian, Kg Piasau, pada Selasa. Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Saikom Watis.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page