top of page

Institusi pertahanan perlu dibina atas profesionalisme dan integriti – PM

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

29 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata.


Sebaliknya, menurut beliau, ia perlu diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi.


“Dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh mencalar imej institusi, saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah.


“Ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan mesti menjadi pegangan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman bagi membincangkan peranan strategik Tentera Darat sebagai benteng pertahanan negara.


Menurut Anwar, Kerajaan Madani akan terus menyokong usaha Tentera Darat bagi memastikan ia kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, selain memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page