IPD Ranau Anjur Fun Run dan Fun Ride Sempena Hari Polis ke-219
- nabalunews
- 3h
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
9 Mac 2026
RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau akan menganjurkan Program Fun Run dan Fun Ride sempena Sambutan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 pada 18 April 2026 bertempat di IPD Ranau, Sabah.
Program yang mensasarkan penyertaan orang ramai ini bertujuan merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui aktiviti riadah yang menyihatkan.
Menurut Pengerusi penganjur, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ahmad Fairuz, acara larian sejauh 3.4 kilometer dan kayuh basikal sejauh 17 kilometer terbuka kepada orang ramai dalam dua kategori utama iaitu dewasa dan kanak-kanak.

"Kita juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak secara percuma bagi memeriahkan lagi sambutan," katanya.
Yuran pendaftaran ditetapkan RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak, merangkumi t-shirt rasmi program, sijil penyertaan dan cabutan bertuah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Mac 2026.
Pemenang larian 3.4 kilometer bakal membawa pulang wang tunai RM300 untuk juara, RM200 untuk naib juara dan RM100 untuk tempat ketiga. Setiap peserta yang menamatkan larian juga akan menerima 'finisher pack' eksklusif.
Program itu turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Modenas DY115. Selain itu, seorang pemenang berpeluang memenangi penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di Happy Village, Kundasang.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti senamrobik dan gerai jualan bagi memeriahkan lagi sambutan. Orang ramai boleh mendaftar melalui imbasan kod QR pada poster atau pautan:
https://docs.google.com/m/forms/d/e/1FAIpQLSdUkPc1g-6Rtu8QXM1AF7ung-DMXbw6Wj11yLv5W83UJoOxg/viewform
Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi:
· Grace (Fun Run): 016-5288282
· Azli (Fun Ride): 019-6551016
· Junita (Pertandingan Mewarna): 013-4425100















Comments