top of page

Istana Seri Kinabalu Lafaz Ibr Bersama Sprm Sabah

  • nabalunews
  • Oct 4
  • 1 min read

ree

4 Oktober 2025


KOTA KINABALU: 30 pegawai dan kakitangan Istana Seri Kinabalu mengadakan sesi ‘Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)’ di Dewan Utama, Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.


Sesi lafaz ikrar diketuai Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Izarudin Jalaludin dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah.


Izarudin dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SPRM Sabah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

ree

Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangannya bahawa rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.


"Integriti adalah kunci untuk mengelakkan diri daripada terpalit dengan rasuah, maka sentiasalah menjadikan integriti sebagai amalan dan pedoman," katanya.


Turut Hadir Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah, Syamsul Osman; Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi;

Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Sabah, Maysara Mohammad dan Pengawai PenMas SPRM Sabah, Jasni Gayung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page