top of page
  • nabalunews

ISTERI KETUA MENTERI LAWAT PPS TUARAN



21 Jan 2021


TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran, di sini, kelmarin.


Beliau turut menyampaikan bantuan berbentuk bakul makanan dan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.


PPS SK Pekan Tuaran menempatkan seramai 77 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 16 keluarga dari lima buah kampung berdekatan yang dilanda bencana banjir.


Julia diiringi oleh Pegawai Daerah Tuaran, Encik Sadan Haji Hussain, Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Hamizi bin Halim, Pegawai Pembangunan Masyarakat Sulaman, Haji Murneh Hj Lamsari, Pegawai Kebajikan Masyarakat Tuaran, Jani Lani, Ketua Srikandi BERSATU Tuaran, Puan Jamaliah Antalip dan Ketua Armada Bahagian Tuaran, Encik Ghazali DSP Haji Hajiji.







Comments


bottom of page