top of page

Istiadat Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Rasmi Ke-74 TYT Sabah

  • nabalunews
  • Jun 19
  • 1 min read

19 Jun 2025


KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang akan berlangsung di Padang Merdeka di sini, esok.


Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pelbagai acara telah disusun atur bagi sambutan istiadat berkenaan yang dijadualkan bermula seawal jam 7 pagi.


“Antara pengisian program ialah Pertandingan Berjalan Lalu melibatkan sekitar 80 kontinjen daripada lapan kategori, termasuk jabatan kerajaan berpakaian seragam dan tidak berpakaian seragam rasmi, sektor swasta dan badan berkanun.


“Selain itu, ia turut disertai oleh persatuan etnik Sabah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta sekolah menengah dan rendah,” menurut kenyataan itu.


Di samping itu, kumpulan tari daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) turut dijadual mengadakan persembahan khas.


Menurut DBKK, sebanyak 17 das tembakan meriam akan dilepaskan sempena sambutan berkenaan, justeru itu orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya terdengar bunyi tembakan meriam kerana ia merupakan sebahagian daripada pengisian acara itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page