top of page

JAHID TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA IDS

  • nabalunews
  • Jan 5, 2021
  • 1 min read

Jahid (lima kanan) menerima cendera kenangan daripada Anthony.

5 JAN 2021

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Pengurusan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) di Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hari ini.


Selepas diberi taklimat ringkas mengenai IDS, Jahid mengadakan perbincangan singkat dengan Jawatankuasa Pengurusan IDS yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Kiob.


Jahid turut menyatakan minat terhadap kepakaran penyelidikan IDS dalam membantu Kementerian itu terutamanya dalam aspek pembasmian kemiskinan, program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan rancangan-rancangan program pembangunan daerah.


Perbincangan tersebut turut menyentuh usaha mewujudkan komuniti inklusif yang berdaya tahan dengan memberi tumpuan kepada kekuatan setiap komuniti dan daerah.


Sementara itu, Anthony mengalu-alukan minat Jahid terhadap institusi tersebut dan menekankan bahawa penyelidikan IDS berkaitan kemiskinan di Sabah dapat bermanfaat bagi kedua-dua pihak dalam membangun masyarakat luar bandar melalui perancangan daerah yang menyeluruh.


Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IDS Chong Vun Then, Richard Koh, Hajah Baiyah Ag. Maimon, Hjh Hasnah Samsudin, Jita Simin dan Anita Limjoon, Setiausaha Politik Menteri, Jilias Lintar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak dan Pegawai Perhubungan Awam kepada Menteri, Romeo Sindeh.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page