top of page

Jambatan Timpangoh-Babagon siap awal, jadi tanda aras projek infra Sabah – Ewon

  • nabalunews
  • Nov 4
  • 2 min read
ree

4 November 2025


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, menyifatkan kejayaan kontraktor yang dilantik menyiapkan Projek Jambatan Timpangoh-Babagon tujuh bulan lebih awal daripada jadual asal sebagai satu pencapaian cemerlang dan harus dijadikan tanda aras baharu bagi pelaksanaan projek infrastruktur di Sabah.


Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata projek bernilai RM16.7 juta itu mula dilaksanakan pada Julai 2024 dan sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun, iaitu pada Julai 2026, namun kini hampir siap sepenuhnya dan dijangka siap pada Disember tahun ini.


“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bahawa projek ini siap tujuh bulan lebih awal. Ini satu pencapaian luar biasa dan harus dijadikan contoh kepada kontraktor lain dalam melaksanakan projek fizikal seperti jambatan, bangunan atau jalan raya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Jambatan Sungai Bahagon/Timpangoh, di sini, hari ini.

ree

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas penyaluran peruntukan bagi projek itu yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 6,000 penduduk di kawasan mukim berkenaan.


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada JKR Sabah, Majlis Perbandaran Penampang serta kontraktor yang melaksanakan projek ini dengan penuh komitmen dan cemerlang.


“Ini satu teladan yang harus diikuti oleh semua pihak terlibat dalam projek kerajaan, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara,” katanya.

ree

Ewon menegaskan bahawa pelaksanaan projek yang lewat dan bermasalah sering memberi kesan kepada rakyat. Justeru, kejayaan Projek Jambatan Timpangoh-Babagon perlu menjadi motivasi dan penanda aras baharu dalam pengurusan serta pelaksanaan projek infrastruktur di negeri ini.


“Projek seperti ini membuktikan bahawa dengan perancangan yang baik, penyeliaan berkesan dan kerjasama semua pihak, projek infrastruktur boleh disiapkan lebih awal daripada jadual, sekali gus memberi manfaat segera kepada rakyat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page