top of page

JIM Tahan 18 Pendatang Asing Tanpa Izin

  • nabalunews
  • Nov 1, 2025
  • 1 min read

1 November 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi beberapa siri serbuan di sekitar daerah Keningau dan Semporna, pada 28 dan 29 Oktober lalu.


Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JIM Sabah pada Jumaat, berkata operasi berjalan selama lebih 12 jam bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.


Menurutnya, operasi Ops Kutip, Ops Belanja serta Ops Jaja itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan kedua-dua daerah hasil aduan awam dan maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan ke atas 90 individu, seramai 18 orang ditahan kerana disyaki PATI, terdiri daripada dua warga Pakistan, 14 warga Filipina dan dua warga Indonesia.


“Semua yang ditahan dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau tinggal melebihi tempoh masa dibenarkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dihantar ke Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi berkenaan adalah sebahagian usaha berterusan JIM Sabah memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan negeri ini bebas daripada kehadiran dan aktiviti PATI.

“Tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi serta membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis mereka,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page