JIM Tahan 46 PATI
- nabalunews
- Nov 17
- 1 min read

16 November 2025
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah terus komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan apabila berjaya menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini, kelmarin.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua warga asing terbabit ditahan hasil operasi yang dijalankan hasil daripada aduan awam serta risikan selama seminggu di beberapa lokasi berasingan.
Katanya, hasil pemeriksaan seramai 46 individu ditahan selepas disyaki melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hasil pemeriksaan daripada 68 orang, seramai 46 orang PATI ditahan yang terdiri daripada warganegara Filipina dan Indonesia.
“Semua individu terbabit didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, JIM Sabah akan mengenalan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

Katsnya, JIM Sabah turut menyeru kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka.
“Selain itu, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,” katanya.


















Really informative update — your clear summary of the recent enforcement operation in Sabah helped me understand the situation better. The way you included official statements and context made it easy to follow the key facts. I recently came across a related discussion on a inspereza review blog https://www.inspereza.com/, and it offered an interesting perspective on how community reporting supports law enforcement efforts too. Keep up the solid reporting!
@Italian Brainrot Clicker Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua warga asing terbabit ditahan hasil operasi yang dijalankan hasil daripada aduan awam serta risikan selama seminggu di beberapa lokasi berasingan.