top of page

JKNS diminta perluaskan kesedaran SDG di seluruh negeri

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 2 min read

Datuk James Ratib
Datuk James Ratib

11 Jun 2025


KOTA KINABALU: Warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) perlu bersedia menggalas tanggungjawab memperluaskan kesedaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke seluruh negeri dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang muncul.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, dalam usaha menepati SDG, anggota kesihatan perlu memastikan setiap langkah yang diambil disokong oleh bukti yang kukuh.


Katanya, antara usaha yang dirancang dan dilaksanakan Kerajaan bagi menyokong SDG ialah melalui pendekatan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong.


"ANMS memberi tumpuan dan penekanan kepada beberapa faktor antaranya inisiatif amalan cara hidup sihat, inisiatif kesihatan persekitaran, inisiatif liputan kesihatan sejagat dan inisiatif penjagaan kesihatan kendiri," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17 bertemakan "Evidence driven public health: Aligning SDDs for a sistainable and healthier future for all" anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2025, di Hotel Hilton hari ini.


Turut hadir Dr. Maria Suleiman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah; Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang, Universiti Malaysia Sabah dan Dr. Pathman Arumugam, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17.


James, yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berlata, sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas kesihatan penduduk Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

(KPMKR) turut menyokong inisiatif liputan kesihatan sejagat dengan memastikan fasiliti kesihatan di negeri ini ditambahbaik agar setiap individu mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.


Katanya, dalam usaha untuk meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama, perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu bersifat tuntas.


Beliau berharap agar warga kerja JKNS lebih bersemangat dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran bidang kesihatan awam pada masa kini dan mendatang kerana ianya sangat kompleks.


James berkata, dalam konteks pembangunan mampan dan kesihatan awam, salah satu cabaran utama yang sedang hadapi ialah fenomena populasi menua.


Katanya, Malaysia secara rasminya dijangka menjadi sebuanegara tua menjelang tahun 2030, apabila 15 peratus daripada penduduk berumur 60 tahun ke atas.


"Di Sabah sendiri, kita juga menyaksikan peningkatan jumlah warga emas, hasil daripada peningkatan jangka hayat serta penurunan kadar kelahiran.


Katanya, peralihan demografi ini menuntut perhatian serius dari segi perancangan perkhidmatan kesihatan, penjagaan jangka panjang, serta keperluan sosial dan sokongan komuniti.


Katanya, warga emas lebih terdedah kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, dan demensia. Ini menuntut sistem kesihatan yang bukan sahaja reaktif, tetapi proaktif, bersepadu dan berasaskan bukti.


"Maka, dalam kerangka SDG dan pendekatan evidence-driven public health, kita perlu memastikan dasar dan intervensi kesihatan yang disasarkan kepada golongan warga emas ini dirangka berdasarkan data yang menyeluruh serta mengambil kira aspek kelestarian jangka panjang.


Mengenai kolokium itu, James berkata, ia sudah pasti dapat menghasilkan pelbagi penyelidikan, amalan terbaik dan strategi inovatif akan dikongsikan oleh para ilmuwan, pengamal kesihatan awam serta agensi berkaitan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page