top of page

Taklimat mengecat bangunan pusat bandar Sandakan 2025 

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

12 Jun 2025


SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengadakan sesi taklimat / libat urus bagi Program Mengecat Bangunan Pusat Bandar Sandakan tahun 2025 pada 28 Jun (Sabtu) bermula Jan 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di  Dewan Masyarakat Sandakan


Presiden MPS, Walter Kenson, berkata, sesi taklimat itu diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai program tersebut kepada semua pemilik bangunan serta pihak berkepentingan yang terlibat.


Katanya, beberapa tawaran insentif juga akan dibentangkan oleh pihak majlis semasa sesi berkenaan berlangsung.

Sehubungan itu, semua pemilik bangunan di pusat bandar Sandakan dimohon untuk hadir ke sesi taklimat ini.


Walter menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan media di Sandakan pada Khamis.


Katanya, sebarang pandangan dan cadangan juga boleh diutarakan semasa sesi taklimat itu.


Orang ramai atau mereka yang berkaitan boleh mengimbas kod QR berkenaan dilampirkan untuk mendapatkan maklumat awal tentang program ini atau klik pada pautan di bawah 


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page