top of page

JOM @ IKMA COOP 2025 Kota Belud Sempena Pesta Kaamatan dan Perasmian Tamu Desa Zon Melangkap

  • nabalunews
  • Jun 10
  • 1 min read


10 Jun 2025


KOTA BELUD: Sebelum perasmian rasmi program JOM @ IKMA COOP 2025, Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah mengadakan taklimat bagi para peserta yang terdiri daripada usahawan koperasi di kawasan Kadamaian.


Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Terbuka Tamu Desa Melangkap, Tiong Kota Belud, bersempena dengan Pesta Kaamatan dan Perasmian Tamu Desa Zon Melangkap.


Program ini dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) sebagai inisiatif untuk memperkasa minda koperasi di negara ini dan dibahagikan kepada dua sesi utama.

Sesi pertama menyaksikan Pegawai Latihan Kanan IKMA Zon Sabah, Jaibit Jaudin, memberikan taklimat tentang program latihan koperasi kepada peserta, bertujuan memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan usahawan koperasi tempatan.


Sesi kedua menampilkan perkongsian pengalaman mengenai pengurusan pasar malam oleh Pengerusi Koperasi Persalam Manjung Berhad, Adenan Bakar, yang berasal dari Lumut, Perak. Adenan berkongsi strategi pengurusan serta cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan pasar malam, sebagai panduan praktikal kepada usahawan koperasi yang hadir.

Majlis perasmian program JOM @ IKMA COOP 2025 disempurnakan oleh Datuk Ewon Benedick, yang menekankan komitmen kerajaan untuk memajukan sektor koperasi dan pembangunan usahawan di Sabah.

Diharapkan program ini dapat memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat melalui kerjasama erat antara IKMA, kerajaan, dan usahawan koperasi.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page