Kaamatan-Raya wadah perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kaamatan-Raya wadah perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama: Ewon


Ewon (lima dari kiri) menerima cenderahati daripada Jolyhme.

14 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Raya dapat menyatu serta mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick memuji usaha Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud atas kejayaan menganjurkan Kaamatan-Raya selepas dua tahun tidak mengadakan sambutan seumpama ini.

Ewon ketika berucap pada majlis itu.

“Saya juga menjemput semua penduduk Kota Belud terutamanya kawasan Kadamaian datang beramai-ramai memeriahkan Sambutan Kaamatan-Raya saya pada 16 Mei ini (Isnin), bermula jam 1 petang, di Dewan Kadamaian Square,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Santai Raya-Kaamatan anjuran Pemuda dan Generasi Muda (GEM) UPKO Bahagian Kota Belud, di perkarangan Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Ewon melawat pameran ikan laga hiasan.

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO berkata, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi halangan kepada rakyat negeri ini menghadiri apa-apa sambutan Kaamatan atau Raya.


Sementara itu Ketua Pemuda UPKO Kota Belud merangkap Pengerusi Penganjur Jolyhame Saran merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan acara ini.



“Saya gembira kerana sambutan acara Tarik Tali, Sugandoi dan pameran serta jualan ikan laga hiasan amat menggalakkan,” katanya dan menambah program ini adalah program pertama dianjurkan selepas pandemik Covid-19 itu, dua tahun lalu.





bottom of page