top of page

KAMPUS TAR UC DI KL, SABAH DITUTUP HINGGA 14 JAN INI

nabalunews

28 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Kampus Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini dan Sabah kekal ditutup hingga 14 Jan ini susulan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Menurut kenyataan TAR UC, pembelajaran dalam talian akan diteruskan seperti mana yang dirancang.

“Pengurusan TAR UC akan terus memantau rapat perkembangan ini dan mengambil segala langkah perlu untuk menjamin kesihatan dan keselamatan komuniti di TAR UC.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi laman web, Facebook dan Instagram TAR UC,” demikian menurut kenyataan itu.

Terdahulu hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelanjutan tempoh pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain hingga 14 Jan depan.

PKPB di kawasan terbabit dijadualkan tamat pada 31 Dis ini. - Bernama

Comments


bottom of page