Kanak-kanak autisme hilang di sungai
- nabalunews
- Jun 21
- 1 min read

21 Jun 2025
KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang, ketika sedang bermain di tepi sungai di Batu Putih, Menggaris, di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Aqeef Al Tarmiezy, 6, disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 2 petang.
Bagaimanapun, usaha pencarian di kawasan sekitar sungai berkenaan yang dijalankan sehingga jam 6 petang masih gagal menemui mangsa.

Buntu dengan usaha pencarian itu, ahli keluarga mangsa terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan untuk bantuan mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua BBP Kinabatangan,m, Hairi Utoh berkata, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.14 petang.
"Usaha menjejaki mangsa sedang dijalankan pasukan bomba dengan dibantu penduduk kampung.
"Namun setakat ini mangsa masih belum ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Comments