top of page

Kanak-kanak Jatuh Sungai, Ditemui Lemas

  • nabalunews
  • 1m
  • 1 min read

ree

23 November 2025


PITAS: Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas dipercayai terjatuh ke sungai dalam kejadian di Kampung Kalipuon, di sini, pagi tadi.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa terjatuh ketika bermain di sungai berkenaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.40 pagi.

ree

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bersama orang kampung menjalankan operasi SAR mangsa menggunakan kaedah ‘Surface Water Rescue’.


“Mangsa akhirnya berjaya ditemui di lokasi kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari oleh pasukan bomba dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa seterusnya diberi rawatan awal bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh pasukan bomba dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika berada di hospital,” katanya.


Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.44 tengah hari tadi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page