top of page

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di kereta, diselamatkan bomba

  • nabalunews
  • Nov 1, 2024
  • 1 min read

1 November 2024


SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kenderaan dekat sebuah rumah di Sri Taman, Batu 4, Sandakan, sebelum diselamatkan bomba, petang kelmarin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.29 petang.


Katanya sepasukan 8 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai.


"Terdapat seorang mangsa kanak-kanak berusia 2 tahun berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang terkunci dari dalam.


"Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terkunci dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan semalam.


Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi bomba ditamatkan jam 2.46 petang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page