Kanak-Kanak Perempuan Rentung
- nabalunews
- Feb 10
- 1 min read

10 Februari 2026
KENINGAU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung di dalam bilik dipercayai terperangkap dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mayat kanak-kanak malang berusia enam tahun itu ditemui di dalam bilik.
Manakala seorang lagi wanita berusia 31 tahun turut mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.08 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Tambunan.
"Kebakaran melibatkan dua rumah dan tiga kenderaan. Selain itu, terdapat dua mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui rentung di dalam sebuah bilik.
"Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan semasa menyelamatkan diri daripada kebakaran dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi memadam kebakaran dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba.
“Mayat mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya wujud di lokasi," katanya.















When covering heartbreaking events like this, clarity and restraint are essential, much like maintaining careful control in Slope Rider, where one wrong move can lead to sudden consequences. The piece effectively communicates the gravity of the situation without unnecessary embellishment, allowing readers to understand the impact of the tragedy while respecting those affected.