top of page

Karnival Borneo Bite Fest Perkasa Jaringan Usahawan dan Peniaga Sabah

  • nabalunews
  • Feb 22
  • 1 min read

21 Februari 2025


KOTA KINABALU: Karnival Borneo Bite Fest adalah platform strategik bagi usahawan dan peniaga di Sabah untuk memperluaskan rangkaian perniagaan serta mendapatkan akses kepada pelbagai maklumat berkaitan industri.


Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Sabah, Lt. Muda Maritim (B) Awil Kamsari berkata, penekanan kepada pentingnya program seperti ini akan dapat memperkukuh hubungan antara usahawan, peniaga, dan pemain industri.


Katanya, karnival itu bukan saja membuka peluang kepada usahawan dan peniaga, tetapi juga menghubungkan mereka dengan potensi perniagaan yang lebih besar.

“Para usahawan akan dapat pendedahan kepada pemain industri yang berpotensi untuk menawarkan bantuan serta maklumat termasuk berkaitan dana kerajaan.


“Masih ramai usahawan kurang mengetahui mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan, ini menjadikan program seumpama ini sebagai platform yang berkesan dalam penyebaran maklumat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program berkenaan.

Awil berkata, para usahawan digalakkan untuk menyertai persatuan atau dewan perniagaan agar mereka dapat berada dalam ekosistem yang lebih kukuh.


“Persatuan dan dewan perniagaan bukan sahaja menyediakan maklumat yang lebih komprehensif, tetapi juga membuka peluang kepada pelbagai bentuk sokongan,”katanya.


Terdahulux Karnival Borneo Bite Fest yang berlangsung selama tiga hari, bermula dari 21 Februari itu berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dan dijangka mampu menarik ribuan pengunjung dari seluruh negeri.

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page