KASIH bantu 80 keluarga terjejas banjir di Penampang
7 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan (KASIH) menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk mangsa banjir di kawasan Penampang.
Sumbangan berupa keperluan tilam, bantal dan selimut disampaikan kepada 80 keluarga iaitu 30 penerima di Kampung Nambazan dan 50 keluarga di Kg.Pagansakan.
Ketua Biro Kemasyarakatan KASIH Datin Connie Parantis bersama suaminya Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang menyampaikan sumbangan itu kepada para penerima, hari ini.
“Isteri saya, cikgu Connie menyampaikan sumbangan ini bagi pihak KASIH. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.
“Bagi pihak keluarga penerima, saya ucapkan terima kasih kepada KASIH,” kata Ewon.
Comments