top of page

Keadilan Sabah Masih Harmoni Dan Stabil - AMK Sabah

  • nabalunews
  • Oct 12
  • 1 min read

ree

12 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menegaskan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah masih kekal berada dalam keadaan harmoni dan stabil.


Ia sekaligus menolak persepsi wujudnya perpecahan dalaman seperti dilaporkan dalam portal Malaysiakini bertarikh 11 Oktober 2025 bertajuk “Isu Calon Payung Terjun Buat PKR Sabah di Ambang Gelora.”


Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, berkata laporan itu tidak menggambarkan suasana sebenar perbincangan dalam parti berkenaan.


“Sebaliknya pertemuan antara pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bersama Ketua-Ketua Cabang KEADILAN baru-baru ini berlangsung dengan suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.


“Pertemuan itu merupakan satu sesi sihat untuk mendengar pandangan akar umbi serta memperkukuh koordinasi antara cabang dan pimpinan negeri agar parti dapat tampil dengan kekuatan terbaik dalam menghadapi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zaidi berkata, KEADILAN Sabah kekal bersatu dan fokus dalam mempersiapkan jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Katanya, pandangan Ketua-Ketua Cabang serta pimpinan negeri harus dihormati dan dilibatkan dalam proses penentuan calon, sejajar dengan prinsip KEADILAN yang mengutamakan musyawarah dan kebersamaan.


“AMK Sabah percaya proses penentuan calon perlu mencerminkan semangat keterbukaan dan demokrasi dalam parti.


“Suara akar umbi adalah penting bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar diterima rakyat,” katanya.


Sehubungan itu, Zaidi menzahirkan keyakinan bahawa KEADILAN Sabah akan terus teguh di bawah kepimpinan Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sentiasa memperjuangkan keadilan sosial serta memperkukuh nilai-nilai Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat Sabah.


“AMK Sabah akan terus memainkan peranan aktif sebagai benteng muda yang memperjuangkan politik nilai, kesetiaan terhadap perjuangan serta semangat solidariti dalam parti,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page