top of page
nabalunews

Kebakaran: Wanita melecur di tangan


11 November 2024


BELURAN: Seorang wanita melecur di tangan dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Kuala Sapi, di sini, awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.29 pagi.


Katanya sepasukan 11 pegawai dan anggota dari BBP Beluran dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer dari balai.


"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 83.6 meter persegi yang terbakar 100%.


"Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 92 meter, 1 pancutan sumber air terbuka (sungai)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Edoen berkata terdapat seorangmwanota mengalami cedera ringan kerana melecur di tangan dan telah diberikan rawatan awal oleh anggota bomba.


Api berjaya dikawal jam 3.58 pagi.


Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi bomba ditamatkan jam 6.25 pagi.

Comments


bottom of page