top of page

Keldai dadah bawa 24.5 kg syabu bernilai RM800,000 ditahan di KKIA

  • nabalunews
  • Nov 12, 2024
  • 1 min read

12 November 2024


KOTA KINABALU: Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM800,000 selepas menahan seorang lelaki dipercayai keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 7 November lalu.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata lelaki berusia 24 tahun itu didapati membawa dua beg berisi 23 kotak dadah berkenaan menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditahan di KKIA pada 8.30 pagi.


Beliau berkata susulan tangkapan itu, seorang lagi lelaki berumur 28 tahun berjaya ditahan di sebuah hotel di sini, pada 11.15 malam hari yang sama dan polis merampas beberapa barangan antaranya telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai, menurut laporan Bernama.



"Soal siasat mendapati suspek pertama yang didapati positif syabu ditawarkan upah RM1,000 bagi setiap satu kilogram dadah dari Kuala Lumpur untuk dibawa masuk ke Sabah, dengan kali pertama lelaki itu membawa syabu adalah ke negeri jiran pada 5 November dengan upah RM9,000.


"Dadah dirampas mampu menampung sehingga 81,659 penagih dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini pada Selasa.

 
 
 

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page