top of page

Kelewatan kerja-kerja pembinaan naiktaraf jambatan akibat isu aset-aset utiliti: Menteri

  • nabalunews
  • Feb 22
  • 2 min read

 Beginilah keadaan aset JANS yang harus dialihkan sebelum kerja-kerja pembinaan jambatan dimulakan.
 Beginilah keadaan aset JANS yang harus dialihkan sebelum kerja-kerja pembinaan jambatan dimulakan.

21 Februari 2025


NABAWAN: Kelewatan kerja-kerja pembinaan naiktaraf jambatan Sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township tergendala akibat isu aset-aset utiliti yang perlu dialihkan terlebih dahulu.


Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Bin Yahya berkata, aset-aset utiliti yang berhampiran menghalang kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut.


Katanya, status terkini bagi pengalihan aset-aset tersebut ialah Sabah Electricity yang mana telah memberi maklum balas skop dan anggaran kerja kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan pada 12 Febuari 2025.

Shahelmey
Shahelmey

"Ianya telah diteliti oleh pihak Wakil Pegawai Penguasa dan dipanjangkan kepada Bahagian Jambatan JKR Sabah.


“TM juga telah mamaklumkan kepada JKR Nabawan kerja-kerja pengalihan akan dibuat pihak mereka sendiri,” katanya ketika diminta mengulas status terkini pembinaan jambatan berkenaan.


Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, agensi berkenaan bagaimanapun masih menunggu kelulusan skop dan bajet daripada ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.


Walaubagaimanapun katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) masih belum membekalkan skop dan anggaran pengalihan aset kepada pihak JKR.


“Setakat ini, JANS masih belum membekalkan maklumat berkenaan walaupun sudah diminta berbuat demikian selewat-lewatnya pada 14 Febuari lalu.


"Berikutan dengan isu pengalihan aset-aset utiliti ini pihak JKR Sabah telah mengeluarkan surat 'Delay in giving Site Possesion date' kepada pihak kontraktor melalui surat Pegawai Penguasa bertarikh 18 Febuari 2025.


“Yang mana tarikh penyerahan tapak akan dikemaskini setelah semua isu di tapak diselesaikan untuk membolehkan pihak kontraktor dapat memasuki tapak dan memulakan kerja-kerja fizikal" tegasnya.


Baru-baru ini Sabah Electricity

JANS) diminta untuk menyerahkan dokumen skop dan anggaran kerja terkini pemindahan utiliti masing-masing selewat-lewatnya 14 Febuari ini kepada Wakil Pegawai Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR).


Menurut papan tanda projek naiktaraf jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township itu, tarikh mula pembinaannya pada 25 Mac 2024 dan tarikh siap pada 25 September 2025.


Kelewatan pembinaan jambatan ini telah menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penduduk di daerah ini.


Mereka mempersoalkan kelewatan pembinaan naiktaraf jambatan sungai Pancuran Nabawan yang kontraktornya sudah dilantik tetapi kerja-kerja belum dimulakan.


Caption:


1.


2. Shahelmey

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page