top of page

Kemalangan dua kenderaan di Kudat, seorang mangsa cedera ringan

nabalunews



16 Januari 2025


KUDAT: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Avanza berlaku berhampiran Rest House Kudat tengah hari tadi.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 12:10 tengah hari, dengan pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa dua minit.


Menurut Komander Operasi, PBK II KUP Matin Lintan, dua mangsa terlibat dalam kemalangan ini.


Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.


“Seorang lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Operasi melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan bantuan agensi lain seperti PDRM, KKM, dan APM. Operasi ditamatkan pada jam 12:29 tengah hari setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” kata kenyataan JBPM.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page