top of page

Kementerian Luar Negeri pantau situasi di Russia, gesa rakyat Malaysia berwaspada

  • nabalunews
  • Aug 23, 2024
  • 1 min read



22 Ogos 2024


KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia, melalui kedutaannya di Moscow, sedang memantau dengan teliti serangan dron baru-baru ini di Moscow dan perkembangan di wilayah Kursk.


"Kami terus menilai keadaan di lapangan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia," katanya menerusi kenyataan, hari ini seperti dilaporkan Berita Harian.


KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


"Sentiasalah mendapatkan maklumat melalui sumber berita yang boleh dipercayai dan menjaga komunikasi dengan Kedutaan Malaysia di Moscow," menurut kenyataan itu.


Kementerian itu memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di Moscow dan kawasan sekitarnya kekal sebagai keutamaan dan ia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan maklumat terkini jika perlu.


Pendaftaran ini penting untuk menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya jika perlu, tambah kenyataan itu.


Sekiranya berlaku kecemasan atau untuk sokongan tambahan, rakyat Malaysia digalakkan untuk menghubungi kedutaan terus di Mosfilmovskaya Ulitsa 50, 115127, Moscow, Russia, atau melalui nombor telefon +7 495 419 9898 / 99 atau +7 906 746 1333 (Kecemasan), dan alamat e-mel mwmoscow@kln.gov.my.


Media antarabangsa melaporkan bahawa Moscow mengalami antara serangan dron terbesar sejak permulaan konflik dengan Ukraine.


Pada 21 Ogos, tentera Ukraine melancarkan serangan dron, menyasarkan beberapa tapak di seluruh Rusia, termasuk Moscow.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page