Kempen Derma Darah CPS terbesar akan diadakan pada 12 November ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kempen Derma Darah CPS terbesar akan diadakan pada 12 November ini


26 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kempen Derma Darah tahunan Center Point Sabah (CPS) akan kembali semula pada 12 November ini selepas fasa pandemik, dengan sasaran mengumpul 1,200 pain darah.


Kempen bertemakan "Kami Sayang, Kami Prihatin, Kami Memberi" anjuran Centre Point Sabah dan Lions Club Kota Kinabalu Mandarin itu akan diadakan di dewan acara tingkat bawah pusat beli-belah itu.

 

Menurur kenyataan media pihak penganjur, pada tahun ini, terdapat 24 penganjur bersama menyertai kempen ini antaranya Hospital Queen Elizabeth; Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas; Hospital Kudat; Hospital Beaufort; Hospital Ranau; Hospital Tambunan; Hospital Keningau; Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Penampang; Persatuan Alumni Taiwan Sabah; Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah KK dan Persatuan Kebajikan Cina Sabah.


Sehubungan itu, pihak penganjur menggesa orang ramai, khususnya para penderma darah tetap, untuk memberi sokongan penuh kepada kempen ini.

 

“Berita baiknya, setiap penderma darah layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.


“Penderma darah yang telah menderma lebih daripada 20 kali juga layak mendapat hamper istimewa berdasarkan siapa cepat dia dapat,” kata kenyataan itu.

 

Centre Point Sabah telah menganjurkan kempen derma darah yang terbesar di Sabah selama lebih 20 tahun dalam membantu menampung kekurangan bekalan darah di bank darah pelbagai hospital di negeri ini.

bottom of page