top of page

KEMPEN DERMA DARAH DI INANAM ESOK

nabalunews


15 Mei 2021


INANAM: Orang ramai khususnya penduduk sekitar Inanam dijemput hadir menderma Darah esok (16 Mei), di Tugu Peringatan Pekan Inanam bermula Jam 9 pagi hingga 3 petang.


Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, Kempen kali ini adalah anjuran Gabungan Lapan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kawasan Inanam iaitu KRT Kionsom/Kobuni, KRT Minintod, KRT Pangasaan, KRT Bambangan, KRT Pomotodon, KRT Kironggu, KRT Nountun dan KRT Pekan Inanam.



Kempen ini juga dianjurkan dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu, Persatuan Thalassaemia Sabah, Pendarah dan Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II.


“Selain derma darah kita juga menyediakan kaunter Jom Daftar Vaksin. Saya berharap orang ramai khususnya penduduk sekitar Inanam datang beramai-ramai untuk menderma darah dan juga mendaftar sebagai penerima Vaksin Covid-19.


“Pihak Penganjur juga telah menyediakan goodies lebih 100 kampit beras 5kg untuk saguhati kepada penderma darah,” kata Alix.


Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah boleh menghubungi terus Pengerusi Penganjur kempen Datuk Wong Thien Fook (019 8806731), Osmon Asun (011-25239266) atau Felix Vun (0168222802).



Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page