top of page

Kempen Sandakan Selamat dan Bersih

  • nabalunews
  • Oct 13, 2024
  • 1 min read

13 Oktober 2024


SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terus berusaha membawa daerah ini ke arah era kegemilangannya, bersih dan selamat.


Timbalan Presiden MPS, Wilson Thomas, berkata, ini termasuk melaksanakan Kempen Sandakan Selamat dan Bersih yang dirangka pada tahun ini menerusi Jawatankuasa Bandar Selamat MPS.


Tambah beliau, semua pihak juga memainkan peranan penting dalam memastikan usaha itu berjalan dengan baik.


Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti Sandakan Selamat dan Bersih di Dataran  MPS dan Galeri Sandakan di Bandar Sandakan pada Sabtu.


Hadir sama, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Irman Tajuddin Edy, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Senibina MPS, Mohd Kazroy Nizam Sani, ahli-ahli majlis, penceramah, pelajar sekolah dan pemain industri pelancongan sekitar Sandakan.


Pelbagai acara mengisi karnival sehari itu termasuk ceramah oleh pihak Esscom, ceramah MPS dan dari pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sabah, gerai jualan, pameran agensi kerajaan serta aktiviti mengutip sampah sambil berjoging di sepanjang laluan Jejak Warisan Sandakan.


Wilson berkata, ini juga program julung kali diadakan di Galeri Sandakan dalam membawa mesej Bandar Sandakan adalah selamat dan bersih sekaligus menolak persepsi dan stigma berkaitan. 


Sementara itu, pada sidang media, beliau merakam penghargaan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membantu MPS dalam usaha berkaitan serta pihak pelancongan negeri ini dalam mencantikkan lagi Galeri itu.


Penghargaan sama juga diberikan kepada semua yang memberi pandangan dan cadangan dalam menjadikan bandar ini sebagai bandar bersejarah yang juga banyak sejarah tersendiri dan unik  dimana MPS sentiasa berusaha menjadikan Sandakan terus menjadi pilihan pelancongan yang terbaik.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page