top of page

Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia Fokus Grid Tenaga ASEAN, Digitalisasi - PM Anwar

  • nabalunews
  • Dec 22, 2024
  • 1 min read

22 Disember 2024


SUBANG : Sebagai pengerusi ASEAN tahun hadapan, Malaysia menyasarkan untuk memberi keutamaan kepada Grid Tenaga ASEAN (APG) dan digitalisasi untuk meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata perbincangan mengenainya telah dilaksanakan bersama pemimpin utama beberapa negara.


“Saya telah berbincang dengan pemimpin Vietnam, Filipina, Singapura, Thailand dan Brunei, dan saya memberitahu keutamaan kita terutamanya adalah APG," kata beliau dalam sidang media di sini pada Sabtu, lapor Bernama.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata APG yang turut melibatkan penyaluran tenaga alternatif dari Laos dan Thailand mendapat kesukaran pada peringkat permulaan.


Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kosnya akan berlipat kali ganda sekiranya tidak digunakan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page