KERAJAAN SETUJU BENARKAN BUFFET DI HOTEL DAN RESTORAN
- Wartawan Nabalu News
- Mar 17, 2021
- 1 min read

17 Mac 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan operasi buffet di semua hotel dan rumah penginapan berbayar yang mempunyai restoran dalam premis dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetaptkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara SOP yang ditetapkan ialah, setiap premis restoran atau cafe harus menyediakan MySejahtera atau Sabah Trace atau buku catatan untuk merekod setiap pelanggan yang masuk, dan setiap pelanggan menjalani imbasan suhu badan.
Selain itu katanya, semua pelanggan harus menggunakan pelitup muka semasa mengambil makanan di kaunter hidangan, dan sarung tangan plastik/cecair pembasmi kuman disediakan untuk kegunaan pelanggan selepas menggunakan sudu penghidang secara bergilir.
"Semasa beratur di kaunter semua pelanggan harus mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara setiap pelanggan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Masidi berkata, restoran atau cafe dalam premis dibenarkan untuk beroperasi bagi semua perkhidmatan penuh termasuk dine in ala carte, room service, delivery dan served buffet.
Katanya, restoran di hotel boleh menerima tetamu secara berkumpulan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan tertakluk kepada kapasiti sesebuah restoran itu.
"Waktu makan boleh dibuat secara berkala atau berjadual untuk mengelakkan kesesakan atau orang berkumpul," katanya.















Comments