top of page

Kerjasama Erat STB dan SJA Menerusi Sukan Bola Sepak

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

9 Disember 2025


KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Sabah Tourism Board (STB) terus mengeratkan kerjasama menerusi perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan di Stadium Likas, di sini, semalam.


Perlawanan berakhir dengan keputusan 4-2 berpihak kepada pasukan STB selepas persaingan sengit yang penuh dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan.


Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit berkata, penganjuran perlawanan ini merupakan salah satu aktiviti sihat untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

ree

Katanya, ia juga sebagai salah satu kaedah penghargaan terhadap peranan SJA sebagai rakan strategik STB.


“Saya bagi pihak STB menghargai kerjasama SJA yang selama ini membantu menyampaikan maklumat serta berita yang tepat.


“Saya berharap agar kedua-dua badan ini dapat terus bekerjasama rapat demi manfaat semua pihak khususnya dalam mempromosikan Negeri Sabah,” katanya ketika ditemui, semalam.


Julinus berkata, pihaknya juga terbuka untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti atau program sukan lain dengan SJA dari semasa ke semasa.


Sementara itu, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi SJA, Fardy Bungga merakamkan ucapan terima kasih kepada STB atas penganjuran perlawanan bola sepak persahabatan kali ini .


Katanya, program seumpama ini berperanan sebagai jambatan dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara SJA dan STB yang sekian lama terjalin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page