top of page

KES BAHARU COVID-19 DI SABAH, SEMAKIN MENURUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 10, 2021
  • 1 min read


10 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 54 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,675 kes dan satu kes kematian dilaporkan di Sipitang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kawasan zon merah Covid-19 juga semakin berkurangan dan daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pula semakin bertambah iaitu 14 daerah.


Beliau berkata, daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Telupid, Nabawan, Putatan, Kunak, Kinabatangan, Ranau, Tenom, Pitas, Lahad Datu, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Beaufort dan Tongod.


"Daerah yang mencatatkan kes baharu lebih daripada 10 kes pada hari ini ialah Keningau dengan 18 kes.


"Manakala daerah-daerah lain pula mencatatkan kurang 10 kes iaitu Tawau lapan kes, Kudat (enam kes), Kota Kinabalu dan Kalabakan mencatatkan lima kes, Papar, (tiga kes), Kota Marudu dan Sandakan masing-masing dua kes, Tuaran, Beluran, Kota Belud, Penampang dan Tambunan masing-masing satu kes," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital pada hari ini ialah 57 orang menjadikan jumlah kumulatif 52,468 orang.


"Manakala, pesakit sedang menerima rawatan seramai 585 orang iaitu 210 orang di hospital manakala 375 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU ialah 19 orang dan tujuh orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page