top of page

Kes Bunuh dan Kerat: Dua lagi anak suspek utama ditahan

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

15 Februari 2026


KOTA KINABALU: Dua anak perempuan kepada suspek utama dalam kes bunuh dan kerat seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, penahanan terbaru itu menjadikan suspek yang ditahan kepada empat orang.


Katanya, hasil tindakan pantas dan siasatan berterusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, setakat ini seramai empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

"Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun pada Khamis lalu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) dan susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun turut ditahan pada malam yang sama di kawasan Sepanggar.


"Hari ini, dua lagi tangkapan melibatkan dua wanita tempatan masing-masing berusia 29 tahun dan 21 tahun telah dibuat di kawasan Sepanggar dan Inanam bagi membantu siasatan lanjut,”’katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kedua-dua wanita tebabit merupakan anak kepada suspek utama dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung peranan serta pengetahuan mereka berkaitan kejadian iniz


Syed Lot berkata, turut dirampas dalam operasi tersebut beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.


"Barangan tersebut termasuk telefon bimbit, pakaian, sepasang sarung tangan, satu bilah parang berukuran kira-kira 27 inci serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Beliau dalam pada itu memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional.


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page